Al-hamdulillah, ucapan syukur kepada Ilahi kerana perniagaan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk-penduduk, peniaga-peniaga, pemborong-pemborong dan orang ramai di Selangor dan Kuala Lumpur.
Keropok Lekor dan Keping yang dibawa khas dari Negeri Terengganu dengan ramuan ikan segar sememangnya telah terkenal di Negeri Terengganu. Keropok 'gentel' (kerana isi ikan dan ramuannya digentel menjadikan namanya Keropok Gentel atau 'Kepok Getel' oleh orang Terengganu) dan Keropok Keping Pengkalan Setar dibawa oleh kami LAZIS sememangnya keropok berkualiti tinggi dengan rasa yang enak 100% Terengganu.
Sekali lagi terima kasih daun keladi kami ucapkan kepada dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, muslimin-muslimin, muslimat-muslimat, penduduk-penduduk sekitar Sungai Buloh, peniaga-peniaga, pemborong-pemborong dan orang ramai di Selangor dan Kuala Lumpur kerana memberi kepercayaan kepada kami. InsyaAllah kami akan meningkatkan keupayaan pengeluaran dan bekalan kami agar lebih tersusun lagi dari masa ke semasa.
Lazis memang "Makang Sekali Mesti Nok Sokmo".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment