RSS

KEROPOK KEPING

Keropok keping yang siap digoreng
Salam Sejahtera Semua!!!

Terengganu memang terkenal dengan industri makanan ringannya terutama keropok. Ini kerana Terengganu kaya dengan sumber ikan yang menjadi bahan utama ramuan keropok. Posting kali ini bukan nak bercerita tentang keropok lekor atau losong yang terkenal di Terengganu, tapi nak bercerita tentang keropok keping yang mempunyai pelbagai jenis. 



Proses
Pembuatan
Keropok Jejari Ikan yang belum digoreng.
Proses membuat keropok keping sama dengan cara membuat keropok lekor iaitu campuran isi ikan atau udang kemudian disatukan dengan tepung sagu atau tepung kanji. Setelah direbus keropok ini dipotong nipis-nipis dan dijemur sehingga kering. Keropok keping ini tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul.

Keropok keping yang paling disukai ramai adalah Keropok Ikan Parang, Ikan Tamban dan Keropok berperisa udang. Keropok keping ini harus di goreng dengan minyak panas dan ia akan mengembang 2-3kali ganda dari saiz asalnya. Paling sedap makan keropok dengan pencicahnya sos cili. Ranggup dan sedap!! lagi kena dengan Kopi O sambil minum petang. Jadi kalau datang ke Terengganu jangan lupa singgah ke Pasar Payang atau mana-mana gerai menjual keropok yang ada di sekitar Terengganu, jadikan buah tanggan untuk keluarga dan rakan-rakan. Ingat Terengganu....... mesti ingat keropok.

Keropok keping adalah sejenis makanan ringan tradisional yang diperbuat campuran ikan atau udang. Campuran ini disatukan dengan sagu atau tepung kanji.


Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.

Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu. Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisai oren atau strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut.




Cara masakanKeropok keping tidak boleh dimakan dengan begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cila. Apabila menggoreng keropok keping, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai kembang minyak. Ini adalah apabila minyak meresap kedalam keropok sebelum ia sempat kembang dengan baik.

Keropok keping juga digunakan dalam masakan sebagai bahan tambahan seperti dalam masakan mee rebus dan yang seumpamanya. Kandungan ikan yang tinggi dalam keropok keping menjadikan ia seumpama bebola ikan tetapi lebih tahan lama tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet.

Pada masa kini, perkembangan dalam teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan begitu sahaja. Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga Keropok Keping Sira berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada (sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas.

Petikan daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

berapa harga sekilo keropok keping

Post a Comment