RSS

PAKEJ NIAGA BC GOLD




HANGAT HANGAT HANGAT. 
Perkenalkan pakej bagi bakal peniaga dan modal permulaan untuk menjana perniagaan emas. Kandungan gram akan berubah  mengikut harga semasa. Semakin emas turun, semakin banyak gram yang akan diperolehi dan paling menarik emas boleh ditukar jika bentuk/fesyen tidak mendapat sambutan. Emas "Jaminan Masa Depan Anda." Hubungi kami atau pm kami untuk maklumat lanjut.

Alamat Kami:
Ben Chik Enterprise Sdn. Bhd
(Kedai Emas as-Salam)
No. 10, Bangunan SEDC,
Pekan Batu Enam,
21200 Kuala Terengganu
Tel: 09-662 1792
Fb: https://www.facebook.com/bc.gold

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FREE DELIVERY


PENGHANTARAN PERCUMA

KEROPOK LEKOR
RM1.50 (sebatang).

KEROPOK KEPING (500 gm)
RM12.00 (sebungkus) bagi pembelian 30 bungkus dan ke atas, manakala RM15.00 sebungkus bagi pembelian runcit.
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA
* Minama 100 batang untuk penghantaran percuma bagi kawasan Lembah Kelang dan lain-lain.
* Minama 30 bungkus untuk penghantaran percuma bagi kawasan Lembah Kelang dan lain-lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROMOSI CUTI SEKOLAH KEDAI EMAS AS-SALAM BT6

PROMOSI sempena CUTI SEKOLAH
KEDAI EMAS AS-SALAM 
PEKAN BATU 6, KUALA TERENGGANU.
TARIKH: 23 - 31 MAC 2013.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAZI'S, KEROPOK 100% ASLI TEGANU


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAZIS STORE


Peti simpanan yang hampir kosong akibat tempahan yang terlalu banyak, InsyaAllah stok akan ditambah dari masa ke semasa. Setiap tempahan akan dihantar dalam masa yang terdekat dan tidak perlu menunggu lama. Terima kasih atas sokongan semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EMMMM......... KEROPOK KEPING TERENGGANU

KEROPOK KEPING SEBELUM DIGORENG






KEROPOK KEPING SELEPAS DIGORENG







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EMMMMM....... LAZATNYA KEROPOK LEKOR.......



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEROPOK LEKOR

Kerepok lekor yang baru direbus
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.


Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.



Petikan daripada Wikipedia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEROPOK KEPING

Keropok keping yang siap digoreng
Salam Sejahtera Semua!!!

Terengganu memang terkenal dengan industri makanan ringannya terutama keropok. Ini kerana Terengganu kaya dengan sumber ikan yang menjadi bahan utama ramuan keropok. Posting kali ini bukan nak bercerita tentang keropok lekor atau losong yang terkenal di Terengganu, tapi nak bercerita tentang keropok keping yang mempunyai pelbagai jenis. 



Proses
Pembuatan
Keropok Jejari Ikan yang belum digoreng.
Proses membuat keropok keping sama dengan cara membuat keropok lekor iaitu campuran isi ikan atau udang kemudian disatukan dengan tepung sagu atau tepung kanji. Setelah direbus keropok ini dipotong nipis-nipis dan dijemur sehingga kering. Keropok keping ini tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul.

Keropok keping yang paling disukai ramai adalah Keropok Ikan Parang, Ikan Tamban dan Keropok berperisa udang. Keropok keping ini harus di goreng dengan minyak panas dan ia akan mengembang 2-3kali ganda dari saiz asalnya. Paling sedap makan keropok dengan pencicahnya sos cili. Ranggup dan sedap!! lagi kena dengan Kopi O sambil minum petang. Jadi kalau datang ke Terengganu jangan lupa singgah ke Pasar Payang atau mana-mana gerai menjual keropok yang ada di sekitar Terengganu, jadikan buah tanggan untuk keluarga dan rakan-rakan. Ingat Terengganu....... mesti ingat keropok.

Keropok keping adalah sejenis makanan ringan tradisional yang diperbuat campuran ikan atau udang. Campuran ini disatukan dengan sagu atau tepung kanji.


Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.

Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu. Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisai oren atau strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut.




Cara masakanKeropok keping tidak boleh dimakan dengan begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cila. Apabila menggoreng keropok keping, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai kembang minyak. Ini adalah apabila minyak meresap kedalam keropok sebelum ia sempat kembang dengan baik.

Keropok keping juga digunakan dalam masakan sebagai bahan tambahan seperti dalam masakan mee rebus dan yang seumpamanya. Kandungan ikan yang tinggi dalam keropok keping menjadikan ia seumpama bebola ikan tetapi lebih tahan lama tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet.

Pada masa kini, perkembangan dalam teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan begitu sahaja. Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga Keropok Keping Sira berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada (sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas.

Petikan daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Al-hamdulillah, ucapan syukur kepada Ilahi kerana perniagaan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk-penduduk, peniaga-peniaga, pemborong-pemborong dan orang ramai di Selangor dan Kuala Lumpur.

Keropok Lekor dan Keping yang dibawa khas dari Negeri Terengganu dengan  ramuan ikan segar sememangnya telah terkenal di Negeri Terengganu. Keropok 'gentel' (kerana isi ikan dan ramuannya digentel menjadikan namanya Keropok Gentel atau 'Kepok Getel' oleh orang Terengganu) dan Keropok Keping  Pengkalan Setar dibawa oleh kami LAZIS sememangnya keropok  berkualiti tinggi dengan rasa yang enak 100% Terengganu.

Sekali lagi terima kasih daun keladi kami ucapkan kepada dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, muslimin-muslimin, muslimat-muslimat, penduduk-penduduk sekitar Sungai Buloh, peniaga-peniaga, pemborong-pemborong dan orang ramai di Selangor dan Kuala Lumpur  kerana memberi kepercayaan kepada kami. InsyaAllah kami akan meningkatkan keupayaan pengeluaran dan bekalan kami agar lebih tersusun lagi dari masa ke semasa.

Lazis memang "Makang Sekali Mesti Nok Sokmo".


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JAWATAN KOSONG

Assalamualaikum wbt.

Syarikat kami Lazi's Keropok (Aqwa Tijarah Trading) memerlukan 2 orang perkerja lelaki sahaja lagi bagi memenuhi permintaan setempat yang terlalu tinggi.

SYARAT :
- Warganegara Malaysia.
- Lelaki.
- Boleh berkomunikasi dengan baik.
- Boleh membaca/menulis dalam Bahasa Malaysia.
- Mempunyai penampilan peribadi yang menarik.
- Berdisiplin tinggi.

KEISTIMEWAAN:
- Gaji pokok dan komisyen jualan.
- Berkerja tanpa pengawasan dan bebas.
- Boleh bekerja secara individu atau berkumpulan.
- Tidak terikat dengan masa.

Jika berminat, sila hantar resume ke lazis100@yahoo.com. Pemohon yang berkelayakan akan dihubungi melalui telefon untuk sesi temuduga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JUALAN MEGA KEDAI EMAS AS-SALAM BT6, KUALA TERENGGANU.


JUALAN MEGA...... Sempena Ulang Tahun Ke-10 Kedai Emas as-Salam (Anak syarikat Ben Chik Enterprise Sdn. Bhd) dengan tawaran istimewa. Jangan tunggu lama-lama, segera berkunjung ke kedai kami, kejutan menanti anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PRODUK LAZI'S SEDIA ADA



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEDIA DITEMPAH (PRODUK TERBARU)







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS