Pengeluaran daripada syarikat Lazi'S dan boleh membuat tempahan.
RINDUKAN KEENAKAN MAKANAN DARI NEGERI TERENGGANU
Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu, negeri yang terkenal dengan keropok.Kandungan ikan yang banyak menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor ke beberapa negeri lain.
Keropok lekor pada lazimnya menyerupai bentuk sosej dan ada juga yang berbentuk kepingan yang disebut 'keropok keping' (dihiris halus atau tebal). Keropok lekor adalah antara hidangan tempatan yang menjadikan Terengganu terkenal.
Ianya dibuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Ramuan tersebut akan diuli dan digentel (menjadikan namanya 'kepok getel' oleh Orang Terengganu), sebelum direbus.
Anda boleh memakan keropok lekor, dengan dua cara iaitu dengan mengoreng atau merebus nya terlebih dahulu. Jika anda tidak mengemari bau amis, maka adalah lebih baik untuk mengoreng nya terlebih dahulu Namun, untuk memakannya dengan cara merebus tidak memerlukan minyak untuk memasaknya.
Kini tidak lagi, makanan popular negeri Terengganu ada di tempat anda.
Keropok Keping | Keropok Lekor (Asli 100% Terengganu)
Pendapatan Sampingan! Mencari Agent Jualan Keropok Lekor Asli Terengganu
Lot 1850, Jalan Gajah 24,
Kg. Kubu Gajah,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
HOTLINE: 019-9975442
0 comments:
Post a Comment